Maaf, kami tidak dapat mencari soalan yang sepadan dengan carian anda.
Sila cuba dengan kata kunci yang berbeza.
Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
Individu
**Nota: Pelajar adalah tidak layak memohon.
Syarikat
Koperasi
Yayasan
Individu
* Mengisi permohonan secara dalam talian (online);
* Salinan Penyata Akaun TERKINI Sistem Depositori Pusat (CDS) dari Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan);
* Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki akhir); **salinan penyata bank yang dimuat turun melalui laman web rasmi Bank juga diterima; ATAU
* Salinan penyata ASB/ASN/ASD/ASW 6 bulan TERKINI (secara dalam talian atau di cawangan ASNB); ATAU
* Salinan penyata Fixed Deposit 6 bulan TERKINI; ATAU
* Salinan penyata Tabung Haji 6 bulan TERKINI; dan
* Surat kebenaran Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan).
Syarikat
* Mengisi permohonan secara dalam talian (online);
* Salinan Penyata Akaun TERKINI Sistem Depositori Pusat (CDS) dari Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan);
* Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki akhir); **salinan penyata bank yang dimuat turun melalui laman web rasmi Bank juga diterima;
* Cetakan TERKINI 6 muka surat maklumat syarikat daripada SSM. (maklumat asas/ modal/ pemegang saham/ pengarah/ gadaian/ kewangan) (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan);
* Laporan Kewangan Tahunan/ Audited Account yang TERKINI disahkan oleh Juru Audit Bertauliah (tidak melebihi 2 tahun daripada saham ini ditawarkan);
* Penyata Caruman KWSP (majikan & pekerja) disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang bertauliah; dan
* Keputusan resolusi Ahli-ahli Lembaga Pengarah untuk melanggan saham.
Koperasi
* Mengisi permohonan secara atas talian (online);
* Salinan Penyata Akaun TERKINI Sistem Depositori Pusat (CDS) dari Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan);
* Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki akhir); **salinan penyata bank yang dimuat turun melalui laman web rasmi Bank juga diterima;
* Sijil Pendaftaran Koperasi yang disahkan oleh Setiausaha Koperasi;
* Senarai Keahlian yang disahkan oleh Setiausaha Koperasi;
* Undang-undang Kecil Koperasi yang disahkan oleh Setiausaha Koperasi;
* Laporan Kewangan Tahunan/ Audited Account yang TERKINI disahkan oleh Juru Audit Bertauliah (tidak melebihi 2 tahun daripada saham ini ditawarkan); dan
* Keputusan resolusi Ahli-ahli Lembaga untuk melanggan saham.
Yayasan
* Mengisi permohonan secara atas talian (online);
* Salinan Penyata Akaun TERKINI Sistem Depositori Pusat (CDS) dari Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. (tidak melebihi 6 bulan daripada saham ini ditawarkan);
* Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki akhir); **salinan penyata bank yang dimuat turun melalui laman web rasmi Bank juga diterima;
* Sijil Pendaftaran Pertubuhan;
* Senarai Ahli Lembaga; dan
* Keputusan resolusi Ahli-ahli Lembaga untuk melanggan saham.
1) Langkah-langkah mendaftar sebagai pelabur MITI:
Apakah Sistem Depositori Pusat (CDS)?
CDS bertindak sebagai kaedah untuk mewakili pemilikan dan pergerakan sekuriti. Pemegang akaun CDS menikmati kemudahan seperti memperoleh pemindahan sekuriti dan penyelesaian dagangan secara elektronik.
Mengapakah saya perlu membuka akaun CDS?
Anda perlu membuka akaun CDS untuk membeli dan / atau menjual saham, dan untuk menjalankan transaksi CDS yang lain ke atas semua kaunter ekuiti dan bukan ekuiti (contohnya, bon, saham pinjaman, waran dan sebagainya) yang telah dinyatakan di dalam CDS.
Bagaimana saya boleh membuka akaun CDS?
Anda boleh membuka akaun CDS dengan mana-mana Ejen Depositori Diberi Kuasa (ADA). Semua syarikat pembrokeran di Malaysia pada masa ini adalah ADA. Jika anda adalah pelabur individu, anda boleh memilih sendiri ADA dan:
Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Kad Tandatangan Spesimen.
Bagi rakyat Malaysia, hantarkan dokumen bersama-sama dua (2) salinan Kad Pengenalan anda yang telah disahkan. Bagi warga asing, anda perlu membayar yuran Pembukaan Akaun dan menghantar dua (2) salinan pasport anda yang telah disahkan.
Jika anda adalah pelabur korporat, anda perlulah:
Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Kad Tandatangan Spesimen.
Hantarkan dokumen di atas dengan dua (2) salinan semua dokumen sokongan yang diperlukan (contohnya Sijil Pengkorportan, Resolusi Lembaga Pengarah dan sebagainya) bersama-sama dengan yuran Pembukaan Akaun.
ADA anda kemudiannya akan membuka akaun CDS dan memberikan anda nombor akaun CDS. Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd akan menghantar kepada anda notis pengesahan pembukaan akaun melalui pos.
(sumber: https://www.bursamalaysia.com/bm/reference/faqs/cds)
Setiap penyata akaun CDS telah diaktifkan katalaluan bagi tujuan keselamatan dan privasi. Walaubagaimana pun, sekiranya pemohon hendak membuat permohonan saham hendaklah menyahaktifkan katalaluan tersebut untuk memudahkan pihak MITI membuat penilaian permohonan tuan/puan.
Sila tonton video berkenaan untuk mengetahui bagaimana cara untuk menyahaktif katalaluan penyata akaun CDS.
Permohonan Saham Khas Bumiputera
Pelabur MITI perlu membuat permohonan secara dalam talian (online);
**Nota: Tiada lagi penghantaran borang ke Menara MITI.
Cara-cara memohon saham melalui Sistem Saham Online
**Nota: Pindaan boleh dilakukan sebelum tarikh tutup permohonan.
i) Keputusan akan dihebahkan melalui laman web (http://sahamonline.miti.gov.my) selepas 40 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan. Namun, ianya tertakluk kepada sebarang pindaan.
ii) Keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan diterima.
Layak. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MITI.
Minima unit saham yang boleh dipohon ialah sebanyak 3,000 unit sahaja, manakala tiada had maksima ditetapkan. Keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MITI.
Permohonan akan ditolak sekiranya pemohon tidak dapat mengemukakan dokumen penyata sumber kewangan untuk menunjukkan kemampuan yang mencukupi bagi melanggan unit saham yang dipohon.
Boleh memohon. Keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MITI.
* Pelajar sepenuh masa sama ada di sekolah atau IPTA/IPTS/Universiti Luar Negara adalah tidak layak memohon Saham Khas Bumiputera di bawah peruntukan MITI.
* Walau bagaimanapun, pemohon yang mempunyai pekerjaan tetap dan belajar secara separuh masa adalah layak memohon dengan mengemukakan surat pengesahan dari universiti.
Pemohon mestilah mematuhinya jika kriteria di atas telah dinyatakan oleh MITI semasa tawaran IPO saham khas Bumiputera.
Moratorium adalah sekatan kepada pelabur daripada memohon tawaran SKB yang dikenakan bagi tempoh enam (6) bulan selepas tarikh akhir bayaran sesuatu saham.
Pelaksanaan moratorium ini bermula pada 1 Februari 2023 bagi pelabur yang gagal membuat pembayaran penuh ke atas tawaran SKB yang diperuntukkan dalam tempoh yang ditetapkan.
| Soalan | Jawapan |
|
Mohon: 10,000 unit Diluluskan oleh MITI: 5,000 unit Sekiranya saya TERIMA amaun kurang daripada 5,000 unit, contoh 3,000 unit, adakah moratorium 6 bulan dikenakan ke atas saya? |
MITI mewajibkan setiap pelabur yang berjaya untuk mengambil keseluruhan saham yang telah diperuntukkan untuk mengelakkan daripada dikenakan moratorium. Bagi kes ini pelabur akan dikenakan moratorium memandangkan beliau hanya mengambil 3,000 unit sahaja berbanding 5,000 yang telah diluluskan oleh MITI. |
Tatacara mendapatkan Arahan Pembayaran:
1. Klik butang Kemaskini
2. Masukkan jumlah unit saham yang diterima
3. Simpan dan tekan butang Pencetak
* Tidak menerima jumlah yang diperuntukkan akan dikenakan tindakan MORATORIUM